Thursday, February 12, 2009

Kalam Hikmah 1:Akibat berpegang kepada amal

"Sebagian tanda berpegang(manusia)atas amal,ialah kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan-kesalahan."
Kalam Hikmah pertama Imam Ibnu Athaillah Askandary.

Pengertian Kalam Hikmah ini sebagai berikut:
Manusia sebagai makhluk Allah SWT ada 3 peringkat.
1. Tingkatan Al-'Ibaad.
Melakukan ibadah kepada Allah(melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) kerana mengharapkan balasan syurga dan berbahagia di dalamnya serta terlepas dari siksaan api neraka. Memohon kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan diselamatan dari berbagai mala petaka baik d idunia dan di akhirat.

2. Tingkatan Al-Muridin.
Melakukan ibadah dengan maksud untuk bagaimana sampai kepadanya Allah, bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka, semoga hati mereka dilimpahi rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah SWT.

3. Tingkatan Al-'Aarifin.
Meskipun hamba-hamba Allah diperingkat ini melakukan banyak ibadah, tetapi mereka tidak melakukan ibadah bertujuan seperti kedua-dua di atas. Tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka itu beramal, tetapi hati mereka hanya tertuju bahawa Allah SWT yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka tenggelam dalam lautan redha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha' yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Maksud berada ditingkatan pertama ialah apabila seseorang hamba itu melakukan maksiat dalam arti yang luas, seperti tidak menjalankan perintah Allah SWT, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah. Dan bila ia beramal,harapannya kepada Allah kuat dan bertamabah jika amalnya bertambah. Tetapi bila amalnya berkurang , harapnya kepada Allah juga akan menurun dan berkurang.

Berada di tingkatan Al-Muridin, jika melakukan amal ibadah,hati merasa gembira. Kerana itu maka ibadahnya yang menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya. tetapi apabila ibadahnya berkurang, maka akan berkurang pula harapannya kepada Allah SWT. Inilah akibat apabila kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah.

Adapun, berada di tingkatan Al-'Aarifin, tingkatan yang mulia disisi Allah SWT, kita akan fana dan tenggelam di dalam qadar dan qadha' Allah. Hati hanya mengharap keridhaanNya dan takut padaNya. Tidak bertambah harapan kita kepada Allah dengan amal yang kita lakukan dan tidak berkurang taqwa kita kepadaNya disebabkan kesalahan yang dilakukan. Untuk sampai ketingkatan ini hanyalah dengan jalan "Mujaahadah" yakni harus memerangi hawa nafsu dengan latihan-latihan ilmu tasawuf dan mesti sentiasa mengingati Allah dalam apa jua gerak geri kita.


"Amalan berzikir perlu supaya hati tidak terpisah dengan Allah"