Dalam Kalam Hikmah yang ke3 ini, Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary sebagai berikut:
"Keputusan-keputusan yang kencang (kuat) tidak dapat memecahkan pagar-pagar Ilahi."
Sebelum mendalami pengertian kalam di atas, perlu diketahui dahulu pengertian "Qadha dan Qadar". Menurut Mazhab Al-Asy'ary atau Al-Asy'ariyah :
a) Al-Qadha' : "Kehendak Allah SWT pada zaman azal (zaman yang tidak diketahui permulaannya) pada segala sesuatu menurut keadaannya pada waktu adanya. Dan dia termasuk sifat-sifat Dzat di sisi mereka"
Allah telah menentukan keadaan setiap seseorang sejak dari azali lagi, dan berkendak Allah akan keadaan seseorang itu merupakan sifat Dzat Allah SWT.
b)Al-Qadar : " Penciptaan Allah SWT akan segala sesuatu menurut ukuran yang telah ditentukan dan rupa yang telah ditentukan pula sebagaimana yang telah dikendaki olehNYA"
Tuhan menjadikan sesuatu menurut apa yang telah dikendaki sejak azali. Maka Al-Qadar adalah sifat perbuatan Allah (Min Shifaatil Af'aal) Al-Qadar adalah baharu (hadis).
Menurut MAzhab Al-Maturidy, Al-Qadha' ialah:
"Allah menjadikan segala sesuatu serta menambah kekukuhan dan kebagusan pada yang dijadikan. Maka Al-Qadha' merupakan sifat perbuatan Allah menurut para ulama Mazhab ini."
Contohnya Allah Ta'ala menciptakan langit, bumi dan lain-lain dengan begitu indah, bagus, kukuh, teratur dengan sifat-sifat yang sempurna. Ini menunjukkan sifat keagungan Allah.
Maksudnya,bahawa Al-Qadar ialah ilmu Allah , artinya pengetahuan Allah yang tidak ada permulaan tentang sifat-sifat makhluk berupa ketentuan-ketentuan yang terdapat pada makhluk-makhluk itu, di mana akan diciptakan oleh Allah SWT. Umpamanya keadaan kita sekarang baik hidup dan kehidupan, ataupun mati dan sebagainya, sudah merupakan ketentuan dan ketetapan Allah yang telah diketahui olehNya pada masa azal, yakni pada masa yang tidak ada permulaan padaNya.
Jadi Al-Qadar ini bertalian dengan ilmu Alah yang merupakan salah satu sifat dari sifat-sifatNya, sedangkan ilmu Allah merupakan sebahagian dari sifat-sifat Dzat Allah yang wajib ke atas Allah.
Meskipun kita beriman dengan qadar dan qadhaNya, tetapi kita tidak boleh menjadikan qadar dan qadhaNya sebagai alasan sebelum mengerjakan sesuatu demi untuk sampai kepadanya.
Maksudnya disini, umpama seseorang berniat untuk mencuri, sebelum ia mengerjakan perbuatan itu dia berkata Allah telah menetapkan qadar dan qadha untuk dia mencuri.
Ini adalah tidak boleh kerana perbuatan itu belum pun terjadi dan dia pun tidak pasti adakah akan terjadi.
Menurut Hadith Sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Pada suatu kali di zaman dahulu kala bertemua roh Nabi Adam dan roh Nabi Musa, maka berkatalah Nabi Musa kepada Nabi Adam: "Tuan adalah bapa manusia dimana kerana tuanlah maka keluar anak cucu tuan dari syurga, kerana disebabkan tuan memakan buah kayu terlarang." Berkata Nabi Adam: " Hai Musa, Engkau telah terpilih oleh tuhan bercakap-cakap denganNya dan Tuhan telah berikan kepada engkau kitab Taurat. kenapa engkau cela saya atas satu pekerjaan padahal Allah SWT telah mentadbirkan hal keadaan itu atas saya sebelum Tuhan menjadikan saya pada zaman 40,000 tahun sebelumnya."
Berkata Nabi Muhammad SAW : " Maka dengan alasan Adam demikian, Nabi Adam telah mengalahkan Nabi Musa tentang persoalan ini."
Kita boleh mengambil kesimpulan bahawa kita harus mematuhi ketentuan-ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah SWT atas kita dalam hidup dan kehidupan kita. Bagaimana kuat keinginan kita atau maksud yang terkandung di dalam hati kita dengan dorongan amal ibadat-ibadat yang kita kerjakan, namun tidak akan dapat memecahkan pagar-pagar ketentuan (qadar) Allah SWT.
Allah berfirman dalam Al-Quran, Al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:
"Mereka tidak dapat menghilangkan bahaya dari siapa pun terkecuali dengan izin Allah SWT"
Dengan ini setiap manusia perlu berikhtiar dan berusaha tetapi jangan lupa tawakkal dan menyerah kepada Allah, agar Dia menentukan dengan ketentuan-ketentuan yang baik buat kita, duniawi dan ukhrawi kita.
Mudah-mudahan ada manafaatnya bagi kita dari penerangan Kalam Hikmah ini, sebagai salah satu pedoman hidup kita di dunia yang bfana ini. Amin.
Ini Jadual Saya Sendiri
2 years ago
No comments:
Post a Comment