Monday, March 2, 2009

Cinta Hakiki


Telah lama cinta terbiar,
dari cinta yang suci,
Telah lama cinta tersasar,
Dari cinta hakiki...

kerana sekian lamanya,
manusia dibuai cinta nafsu,
kita sering menyangka,
cinta manusia itu yang sejati.

Namun lupakah kita,
Cinta nafsu,
Selalu mengecewakan,
Sering berubah tidak menentu,
seperti pantai dipukul ombak.

Cintakan Allah cinta sebenarnya,
Itulah cinta yang sejati,
Kasihlah sesama manusia,
Kerana cinta yang hakiki,
Hanya untuk tuhan yang Esa.

Cintakan Allah tiada kecewa,
Engkaukan tenang diwaktu susah,
Kembalilah kepada tuhan,
Ia akan tetap menanti,
Kehadiran hambaNya,
yang sebenar pasrah,
Cinta kasih sayangnya,
Tidak bertepi.

No comments:

Post a Comment